
Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah merupakan hari yang disyariatkan untuk disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan, juga sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t, di atas rahmat dan petunjukNya. Selaras dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
“…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
Dua tahun kebelakangan ini merupakan detik yang sangat mencabar dan sukar buat umat Islam lebih-lebih lagi apabila menyambut Hari Perayaan buat kali pertama sejak pandemik bermula. Umat Islam dapat kembali kepada keadaan hampir seperti sediakala, berkumpul bersama keluarga, sanak saudara serta sahabat handai untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Buat Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd, kebiasaannya akan mengadakan majlis Hari Perayaan pada setiap tahun. Sejak pendemik, pihak Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd mengadakan majlis besar-besaran buat julung kalinya dengan kerjasama penduduk-penduduk kampung.
Pada 21 Mei 2022M bersamaan 20 Syawal 1443H yang lalu, Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd dengan kerjasama KRT dan JPKK Kg Losong Atap Zink mengadakan satu majlis sambutan hari Raya Aidifitri yang bertempat di Dataran One Stop Muslim Shop.
Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan kehadiran para tetamu antaranya ahli keluarga staf, ejen-ejen, para pembekal dan turut dihadiri oleh YB Haji Hanafiah bin Mat selaku Exco Kerajaan Negeri Terengganu Adun Cukai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dan juga turut dihadiri oleh Pegawai Kanan KPDNHEP, Tuan Haji Amran bin Daud.
Pelbagai juadah yang disediakan dan beberapa tajaan daripada para pembekal turut memeriahkan lagi majlis antaranya Bakso, Laksa Penang, Nasi Himpit Kuah Rendang, Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Gulai Daging, Sup Kambing dan Roti, Ayam Bakar, Mi Wantan, Keropok Lekor 2K2L, Aiskrim Parabella, Air Balang dan pelbagai kuih muih yang disediakan.
Tuan CEO Al-Amin Barokah (M) Sdn Bhd, Tuan Mohd Aminuddin bin Awang Ludin meluangkan masa menyantuni para tetamu dan meluangkan masa beramah mesra serta mengagihkan sebuah kotak kecil berisi coklat buatan Muslim kepada kanak-kanak dan orang ramai yang hadir.
#OneStopMuslimShop
#BuyMuslimFirst
#SokongProdukMuslim
#MajlisPerayaan
#Aidilfitri2022