Mengenai Kami
One Stop Muslim Shop
Syarikat Al-Amin Barokah (M) Sdn. Bhd telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 27 Oktober 2017 dengan Nombor Pendaftaran Syarikat iaitu (1253134-P). Jenis perniagaan yang dijalankan adalah menjual barangan runcit secara borong kepada peniaga tempatan dan juga secara runcit kepada pengguna yong terdiri daripada penduduk setempat terutamanya di sekitar Kuala Terengganu.
Perniagaan yang dijalankan adalah berkonsepkan barangan halal keluaran pengusaha bumiputra dan Muslim yang berfungsi sebagai pilihan kepada pengguna Islam yang mengutamakan barangan halal lagi baik. Syarikat kini mempunyai lebih dari 300 pemborong dan pengedar diseluruh Malaysia yang hampir keseluruhannya adalah Bumiputra. Manakala produk yang dipasarkan pula terdiri daripada 4000 lebih jenis produk dan sebahagian besarnya terdiri daripada hasil pengeluaran lebih dari 300 pengusaha IKS dari seluruh Malaysia.
Antara jenis barang utama yang dipasarkan adalah terdiri daripada produk makanan dan minuman, makanan sunnah dan barangan dari timur tengah, barangan sejuk beku, pelbagai jenis keluaran susu bayi, ubat-ubatan berasaskan herba, barangan kesihatan, penjagaan diri, barangan penjagaan dan kelengkapan rumah, produk kecantikan dan kesihatan serta pelbagai produk keperluan harian.
Konsep utama perniagaan adalah menjadi pengedar dan pemasar utama kepada produk-produk yang dihasilkan oleh pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdiri daripada Bumiputra Muslim yang mengeluarkan produk HALAL dan SUCI

Misi Kami
- Al-Amin Barokah adalah sebuah entiti perniagaan secara Islamik.
- Mengeluar dan membekal produk-produk Halal melalui ejen dan rangkaian perniagaan adalah keutamaan syarikat bagi memenuhi keperluan Fardu Kifayah.
- Al-Amin Barokah komited memperluaskan rangkaian ejen melalui jenama “ONE STOP MUSLIM SHOP” kepada Pelanggan.
- Al-Amin Barokah berusaha memartabatkan pelbagai produk Halal untuk memenuhi keperluan harian dan isi rumah Ummah.

Visi Kami
Ingin menjadikan syarikat sebagai rangkaian pusat jualan melalui jenama “ONE STOP MUSLIM SHOP” sebagai pengeluar dan pengedar utama produk Halal/Muslim di seluruh Malaysia dan juga global.

Apa Kami Buat?
Memasarkan produk-produk keluaran muslim secara runcit dan borong dengan harga yang mampu milik.

Misi Kami
- Al-Amin Barokah adalah sebuah entiti perniagaan secara Islamik.
- Mengeluar dan membekal produk-produk Halal melalui ejen dan rangkaian bisnes adalah keutamaan syarikat bagi memenuhi keperluan Fardhu Kifayah.
- Al-Amin Barokah komited memperluaskan rangkaian ejen melalui jenama “ONE STOP” Muslim Shop kepada Pelanggan.
- Al-Amin Barokah berusaha memartabatkan pelbagai produk Halal untuk memenuhi keperluan harian dan isi rumah Ummah.

Visi Kami
Ingin menjadikan syarikat sebagai rangkaian pusat jualan melalui jenama “ONE STOP MUSLIM SHOP” sebagai pengeluar dan pengedar utama produk Halal/Muslim di seluruh Malaysia dan juga global.