Kapsul Pueraria Hpa
RM70.00
Herba Pueraria Mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
Kelebihan utama herba Pueraria Mirifica adalah menseimbangkan hormon estrogen untuk memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.
Antara lain kelebihan herba Pueraria Mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.
Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.